Monday, April 4, 2011

Secret Recipe - Black Forest Cheese Cake


Pic credit to http://secretrecipe.com.my/
Pic credit to http://deliriousrendezvous.blogspot.com/
Sekali makan, tak cukup, hingga menjilat-jilat kertas pelapik kek. Menggambarkan betapa BESH SANGAT SANGAT kek cheese ney. Malam seterusnya masih termimpi-mimpi, masih terbayang-bayang kesedapan beliau. Alang-alang ada hari lahir sepupu, Moksu pun belilah sebijik terus, tak payah potong-potong lagi dah, kali ni gerenti cukup untuk semua, tak payah terjilat-jilat kertas plastik dah. 

RM 80.00 satu bijik, RM6.80 satu potong, campur gvt n service tax beberapa peratus.
Bila dah ada sejibik macam ni, datang pulak rasa sebu. Sampai nak termuntah pun ada, akibat terlalu banyak menghabiskan yang budak-budak punya. Budak-budak makannye memilih, nak banyak, yang habis sikit je. Yalah, dalam tu hanya cheese berintikan buah black forest lah kut, nampak secara kasar macam buah prune jer . . . Mane lah budak suka makan. Ni jenis kek untuk orang tue. Dia ada rasa masam-masam buah.  Topping putih kat atas tu macam biasa lah, gula ising, dan ada di lapisan paling bawah, nipis je, lapisan kek yang sebenar. Banyak tu je bahagian kek gebu (macam roti) yang biasanya tak best. Padan lah dengan harga ye dak. Sangat muak sebenarnya, bila makan dalam kuantiti yang banyak. Sebab tu benda mahal dapat rasa sikit je, dan sikit je yang dapat rasa. Paham maksud gue? Paham-pahamkan sendiri lah yep. Bila dah melambak tak habis, dia jadi turun harga. Lumrah ekonomi.

0 Comment to post here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...