Wednesday, November 24, 2010

Raya Haji 2010 ; Day 5

0 Comment to post here
Pg tu, aq tdo dgn nyenyak. Bgn je, srpn dah tersedia ats meja. Hari ni nasi lemak lagi, plus roti canai. Bagi aq, kurang mengancam sgt variasi mknn kt Melaka niey. Satu je yang aq paling suka, bebola ubi rebus, wahh best sgt, bg penggemar ubi mcm aq niey. Apa jenis ubi, semua aq suka. Ubi yang paling kurang best pun bg aq, ubi keling, sbb dye kecik dan rasa dye gitu2 je . . . Tapi kalau bagi sepinggan pun, aq boleh habeskan lagi . . .

Kul 11pg. Kami bertolak ke UKM. Stgh jam pertama hanya dihabiskan dgn sesat barat. Sesat barat tu apa? Sesat barat tu sesat la, pergi sana, pergi sini, pun x jumpa jln keluar lagi. Bukan apa, tmpt yg dituju tue xde dlm Garmin. Bila jln2 kat tmpt x biasa dtg niey, peta elektronik la yg paling diperlukan. Last2 kami arahkan ke KLIA je. Sampai sana 6ti, Moksu tahu la jlnnye tu, sbb UKM tue tmpt jatuh bgn dye la masa blaja dulu.

Dari Melaka, kena lalu N9 dulu, baru sampai di Bangi, dan masuk susur ke UKM. Sampai di sana, solat d masjid dlm UKM. Lepas tu, apa lagi, tempat biasa. Kolam renang! Hoorey! Kitorang mandi, dari xde org, smpai org penuh, hinggalah org hampir semua dah balik. Sungguh puas hati. Sampai luka2 tapak kaki aq dibuatnye, kmlgn sket masa nak terjun kolam.

Malam tue, kami menjamu masakan special Mak Alang. Soto dan aksesorinye, he he. Srpn esoknye pulak, nasi ayam special. Tapi xsempat nak mkn puas2, sebab dah nak bertolak balik P. Alam. Then, Abah terus drive balik Trg terchenta . . .

Raya Haji 2010 ; Day 4

0 Comment to post here
Pg2 lagi aq n Moksu pegi balik UiTM P.Alam. Utk proses pndftrn aka hntr beg lptp, bntl n selimut. Naek kat hep, boleh pulak dyeorg kata hari isnin baru bukak. Hish, buang karen btol. Tpi xpe, alang2 dah dtg, ada jgk faedahnye. xyah bersesak bwk msuk brg ke bilik, org pun kurang lg. Lepas ni, btul2 hari isnin bru aq dtg sini balik. Satu x best sbb x sure jdual hari isnin tue ada klas ke ape k . . .

Setelah bersarapan roti canai dan nasi lemak, kami teruskan perjalanan ke Melaka. Masa tu pagi lagi. Pemandunye, aq jgk. Tgh jln, kitorang jumpa dgn Avanza lalu meninggalkan mereka kerana kelajuan kenderaan yang tidak setara, he he. Tiba d tol Ayer Keroh, dyeorang berjaya catch up. Singgah d Petronas utk isi mnyk.

Destinasi strsnye, Taman Buaya, sementara tggu kbnrn pihak Hotel Seri Malaysia utk check in. Nak pegi sana pulak satu hal, pusing sana pusing sini, terlalu bnyk taman kat sini, zoo pun ada. Last2 jumpa jgk. Nak parking pulak xde. 3 kali pusing x jmpa lagi, last2 reka je kat sudut kosong, asalkan x menghalang laluan.

Masuk sana, kami disajikan dgn pelbagai spesies buaya. Ada rumah cermin, rumah hantu, n sarang raksasa. Bagaimanapun, kitorang pilih main bumper car. Syok wa ckp lu . . . Aq pandu sblh tgn je, he he he. Game cwn n roller coaster plak rosak . . .

Kitorang x explore habes pn, da tiba masa utk check in. x sempat pun nk tggu crocodile show. Masa tu kul 1.30ptg, show pukul 2.30. Kat sini kitorang sewa apartmen 3 bilik. Luas la jugak. Lagi luas dari apartmen Pak Alang d Kajang. Boleh kira status kondo laa . . .

Tapi . . . nak boleh ke jumpa apartmen tu, mana kg x msuk, mana bndr x lalu, lepas satu satu traffic light, dan brp bynk berenti tepi jln pun xthulah, sampai bosan dibuatnye, entah d hulu mana dyeorang pilih apartmen. Akhirnya sampai jgk, apartmen Pandan Wangi, Casuarina Park. Dekat dgn Bandar Hilir rupanya, rumah pulak menghadap ke laut lepas, fuuhh bestnye. Pukul 3ptg baru sampai kat apartmen thu . . .

Sampai je, Moksu n Mak Uteh keluar cari nasi. Sejam lepas tu, baru balik. Rupa-rupanya kat Melaka ni org x mkn nasi putih sgt, kebanyakannye nasi lemak dan jenis2 mi je. Dyeorang terkenal dgn sambal yang pedas tapi x manis, x masin. Tawar adalah. 3 buah kedai singgah, 3,3 dah kehabisan nasi. Patutlah lama sgt pencarian nasi. Ni baru kat Malaysia, kalau luar negara entah mcm mne lah kn . . .

Ptg tu, keluar ke Bandar Hilir. Mula2 singgah d A'Famosa yang tersohor tue. Ceh, kecik je bangunannye, bsr lg rmh aq, huhu. Amek2 gamba. Naik ats bukit. Amek Gamba lagi. Turun pulak d seberang sana. Sempat beli souvenir sket. Hari hampir malam.

Singgah pulak d depan Medan Samudera. Budak2 excited nk naek Menara Taming Sari, yg remaja2 ni pulak melawat Muzium Samudera, muzium dalam replika kapal beb . . . Kena pecat kasut la pulak, simpan dalam plastik, kelakar btol. Sempat bergamba dgn bbrp patung & kapal yg dipamerkan.

Malam masih muda, kitorang bertolak ke Umbai pula. Kul 10.30mlm bru smpai sana. Reka parking lagi, xyah byr parking, hihi. Kat sini ialah medan selera ikan bakar. Hidangan pembuka selera, kupang dan lala. Wah, best! Kupangnya manis, lala pulak pedas.

Tggu menu utama, punyalah lambat, sampaikan budak2 makan nasi lauk kuah kupang & lala je. Moksu n Mak Uteh pesan ikan panggang tawar cicah kicap special, skali dgn sup. Tambahan, sotong celup tepung. Kami makan dgn berselera sekali. Tepat pukul 12 tgh mlm, bru kitorang balik. Punyalah lama kitorang mkn, ha ha ha.

Raya Haji 2010 ; Day 3

0 Comment to post here
Hari ni, kitorang g ldg Anggur. Bertolak dlm kul 11. Masuk tgkp2 gmbr. Keluar beli anggur segar dan air anggur asli & karbonat. Dah balik. Dalam sejam je kot. Balik tu, terus g kenduri rye d rmh MakLong. MakLong ni kembar kpd Tok, isteri Tok Wan, yang buat tahlil smlm. Rupa aje sama, tpi saiz bdn laen, mudah je nak kenal. xde la smpai tertukar, walaopun title-nye kembar.

Lepas mkn, sgt kenyang. Sempat lagi bersiar-siar dgn Vitara Pak Uda, pak sedara kami. Aq pun berpeluang pandu uji, heheh. Boleh thn la, kereta auto, tapi rasa jgk masa penukaran gear tu, sbb dye ada 2 sistem, auto n manual. Manual tu guna masa naik bukit cerun la. Pak Uda ni punya kebun buah yang luas, senang la dye nak angkut hasil kebun kalau pakai Vitara. Ada buah durian, rambutan, pisang, betik, byk la. Ayam katik sekeliling rumah. Pening dgn bau ayam je.

Sesudah berpoya-poya, tiba masa utk bertolak ke P. Alam. Tempat aq bermastautin stlh bergelar student U nieyh. Otw, singgah d Hentian Alor Pongsu utk kencing berak melepaskan apa yang ada. Dari situ, aq pulak amek alih bawak Jazz. Umi jd pemantau kat tepi. Bawak kete di lebuhraya. Ada best, dan ada x best. Yang best, boleh terserempak dgn mcm2 jenis kete mahal + laju. Fuhh, terjegil biji mata u . . . Yang x best, jln sibuk la jgk, nak laju pun x boleh, ada2 je kete yang menghalang lalu lintas, bajet dye tu laju sgt. Pdhl org kt blkg ni dah panas punggung tunggu dye beredar ke tepi. Jalan 3 line pun xckup lg, msg2 bwk steady j. Duduk kat line paling kiri tu xnak! Konon tu utk lori je, ape daa  . . .

Otw, hujan makin lebat bila hari makin senja. Jalan tepi2 lereng bukit plak tue. Dgn air mengalir ats jln, mau x terbabas. Dkt tmpt air bertakung, paling banyak eksiden. Mujur aq dpt bwk dgn smooth dan lancar. Alhamdulillah.

Singgah pulak d Tapah. Tmpt ni punye lah bsr. Tandas pulak, paling hujung bangunan! Dah la aq parking pun kat hujung bangunan. Maknanya, dari hujung ke hujung. Satu bangunan aq round! Duit pulak x bwk. Kalau tak, boleh belanja otw balik kat kete. Masa tu cuaca masih mendung kelabu. Keluar je dari R&R, hujan terus menyerbu dalam kadar paling lebat! Mujurlah sempat masuk kete. Hmm.

Dari Kedah ke KL, pun lalu terowong, macam kt Lebuhraya KL-Karak. Tiba d Stesen Minyak P. Alam, kul 9.30mlm. Tangki mnyk pn dah kontang. Pegi tanya kat jaga P. Alam, xde tmpt bermalam la pulak. Terpaksa keluar ke Shah Alam. Paling dekat dalam Garmin, Newton Hotel. So, kami pun b'mlm kat situ. Avanza x ikut skali, sbb dyeorang ada hal kat KL. Kitorang akan jumpa lagi esok d Melaka.

Malam tu, kami mkn lauk bekal dari Kedah, mujurlah masih elok. Makan dgn lahap, n than tdo. Sempat jgk tgk Tokyo Drift sampai waktu Nightline.

Raya Haji 2010 ; Day 2

0 Comment to post here
Hari ni paling bosan. xde apa nak buat, sampai aq tertido sambil duduk d sofa. Setelah bosan, sambung tidur d bilik. Bgn2 je, masakan panggang dah tersedia. Tak sempat aq nak join memanggang skali, huhu, sape suruh tido? Kan dah rugi! Dyeorang panggang daging korban n bebola2, makan dgn ns goreng daging, bolehlah . . . x sedap sgt, tpi x la x sdap. Boleh la . . . sekadar utk mengalas perut.

Paling best, perut rebus cicah asam. Fuhh, mengancam! Tapi masa tgk proses pembuatannye tuh, nmpk x lalu la jgk. Konklusinya, jgn tgk masa org basuh perut, bru x rasa kotor, he he. Belede pun boleh thn la, manis yang best, sekali suap, nak suap lagi. xtau belede? Nama laennya, agar bodo. xtau jgk? Alah, agar2 biasa yang warna-warni tuh, biasa satu warna je utk satu talam.

Petangnya, keluar beli berus gigi. Ada ke, berus gigi pun boleh x bwk :P Tapi, dlm RM100 jgk berabis, entah apa lah yang dibeli, sabunlah, buahlah, makanan apatah lagi, dgn air skali. Balik dari membeli, ajk pulak abah pegi bersiar, tgk pemandangan bukit-bukau la katakan. Lokasi berdekatan ldg anggur. Hampar tikar kat situ, kitorang pun berpiknik sakan la. Tgkp2 gmbr apa serba.

Malam pulak, pegi menjamu selera d rmh tok wan, ada buat majlis tahlil. Kebiasaannya beginilah setiap kali raya haji kat Kedah. Lauk pun sama jgk. Daging rebus cicah kuah asam n air lawo. Ns mkn dgn sup. Lauk laen, dgg hitam n dgg kicap. Semua berasaskan dgg, sape yg drh tggi @ ada alergi, x berlauk la dyeorg jwbnye.

Raya Haji 2010 ; Day 1

0 Comment to post here
Pagi raya yang indah. Aq bgn awl. 1st tyme kowt, sjk sebulan lbey ni. Kn U bg rht, ha kna la rht sepuasnye. Sempat bersolat jemaah d masjid. Cuma lps angkat takbir tu, org bce apa ye? Hish, itu pn x tau! HUHU . . .

Lepas solat, trus ke rmh penyembelihan, eh rmh pak imam. Kt situ 6ti, sembelih dlm 6 ekor la jgk. Lembu je la, kambing xde. Tok b'korban 2 bhgian, 1 utk dye, n 1 utk tokki.

Dlm kul 11 pg, kitorang mulakan perjalanan. Nak g mana? Ha, rye ni x beraya kat kg. Tapi kat hulu kg. Eh, beza ke? Mmg la beza, sbb kt ngri laen, :] Kali ni kitorang beraye kat Kedah, rumah mak sedara. D daerah Sik, ha kan hulu tu . . . Abah kata sama taraf la dgn Kuala Berang, jauh dari arus p'bangunan. Kebanyakan kiri kanan jalan hutan banat atau kebun dan ladang.

Dalam perjalanan, singgah di Tanah Merah, Kelantan utk makan tengahari. Masakan special setiap kali datang sini, daging goreng cicah budu. Wahh, best! Sup daging pun ada skali. Hari tu, nasi impit pun ada, kuah kacang dia, fuhh, kalah kuah kcg Hj. Samuri. Satu lagi, kami dihidangkan kuih tradisi Kelantan, ketupat dakap. Bentuk dia macam pulut panggang, tapi pendek sikit n xde inti. Cara makan, cicah dgn kuah nisan. Giler best!

Bertolak dari Kelantan pukul 3ptg. Kami dtg dgn 3 buah kereta. Honda Jazz, Honda Edix (Wald), n Perodua Avanza. Jazz x thu jln, maka kena ikut Avanza. Edix dah menghilang di depan. Sepanjang-panjang perjalanan, jalan sentiasa bengkang-bengkok dan naik turun bukit. Pemandu kenalah hati-hati dan bwk scra professional, kalau tak mlm lah bru smpai jwbnye.

3 jam perjalanan, maka sampailah ke destinasi pilihan. Semua dah letih dan penat. Kami disajikan kuih-muih beserta kek hari lahir sepupu kami, Sarah sblm menghilang d bilik tidur msg2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...