This time its the right elbow. Every time I put it on the desk, the pain sensation arise. Argh, what is this???
See previous pain
Sunday, April 24, 2011
Backpain
Start tyme balik dari Puncak Alam.
Punca: Tidur atas toto. Maklum la, 2 semester tido atas tilam UiTM yang empuk, kuikui.
Lepas tu, dapat la selapis tilam, nipis sikit berbanding UiTM punye. OK la tue.
Then, sakit belakang datang lagi.
Punca: Lama meniarap sebelum tido. Baca buku konon nak bagi mengantuk. Tapi tido tetap lambat. Kena termenung berjam-jam dalam gelap sebelum lena sepenuhnya.
Lepas tu, sakit beransur reda. Beberapa lama lepas tu, sakit belakang berulang.
Punca: Terlalu lama duduk atas kerusi. Tengok movie punya pasal. Hahaha. Padan muka. Dush***
Tuesday, April 5, 2011
Khasiat Bangun Pagi
Monday, April 4, 2011
Secret Recipe - Black Forest Cheese Cake
Pic credit to http://secretrecipe.com.my/ |
Pic credit to http://deliriousrendezvous.blogspot.com/ |
Sekali makan, tak cukup, hingga menjilat-jilat kertas pelapik kek. Menggambarkan betapa BESH SANGAT SANGAT kek cheese ney. Malam seterusnya masih termimpi-mimpi, masih terbayang-bayang kesedapan beliau. Alang-alang ada hari lahir sepupu, Moksu pun belilah sebijik terus, tak payah potong-potong lagi dah, kali ni gerenti cukup untuk semua, tak payah terjilat-jilat kertas plastik dah.
RM 80.00 satu bijik, RM6.80 satu potong, campur gvt n service tax beberapa peratus. |
Bila dah ada sejibik macam ni, datang pulak rasa sebu. Sampai nak termuntah pun ada, akibat terlalu banyak menghabiskan yang budak-budak punya. Budak-budak makannye memilih, nak banyak, yang habis sikit je. Yalah, dalam tu hanya cheese berintikan buah black forest lah kut, nampak secara kasar macam buah prune jer . . . Mane lah budak suka makan. Ni jenis kek untuk orang tue. Dia ada rasa masam-masam buah. Topping putih kat atas tu macam biasa lah, gula ising, dan ada di lapisan paling bawah, nipis je, lapisan kek yang sebenar. Banyak tu je bahagian kek gebu (macam roti) yang biasanya tak best. Padan lah dengan harga ye dak. Sangat muak sebenarnya, bila makan dalam kuantiti yang banyak. Sebab tu benda mahal dapat rasa sikit je, dan sikit je yang dapat rasa. Paham maksud gue? Paham-pahamkan sendiri lah yep. Bila dah melambak tak habis, dia jadi turun harga. Lumrah ekonomi.
Subscribe to:
Posts (Atom)