Saturday, August 7, 2010

Doa Seorang Hamba

0 Comment to post here
Istilah yang begitu sinonim sekali dalam hayatku.

MALASSSSS

Ya Allah... Dengarlah rintihan batinku,
kerana aq x bisa menzahirkannya.
Walau sekuat mana kudratku dikumpul,
tetap saja bintil2 hitam itu merajai hati.
Benarkah dunia ini sudah terlalu lewat usianya?
Hingga aq semacam tidak sedar bayangan waktu yang berlalu.
Kosong.
Tanpa perlu menunggu lama, malam bertukar siang,
kemudian giliran bulan menampakkan wajah.
Tatkala itu, aq masih di katil, melayan angan2 yg x kesampaian.
Benarkah bumi dan matahari sudah menjangkau usia paling tua dalam jangka hayatnya?
Tak betah aq terfikir. Dan waktu terus meninggalkan diri ini.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Hidupkanlah aq dari gelap malamku,
terbitkanlah fajar di ufuk hati yg mendambakan secebis cahaya.
Jiruskanlah rahmatmu ke dalam kolam jiwa yg kegersangan.
Betapa kumenantinya, walau sekadar setitis embun.
Biarlah isi hati ini memendam rasa,
cukup sekadar Engkau Yang Maha Mengetahui.
Kelemahan yg tersirat, tak pernah dan tak akan, aq meluahkan.
Kecuali kepada-Mu, Ya Rabb.
Hanya Engkau tempatku mengadu,
tempatku meminta tanpa segan silu,
tempatku merintih dosa2ku yg lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...